MyBlog.TQ.my

I dont know why they call me WIRA.. is there any differences? also been bitten by mosquito...!! same rite? haks...smile...

Friday, June 19, 2009

JAWATAN KOSONG!!!

''SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN'' KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan didalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim,perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya". Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat. Wallahu-a'lam.
Semoga berjaya dalam temuduga ini.
"

wau...wee...raa...
d[-_-]b_FELL THE BASS

Apa KaTa LeLaKi...???

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap
: woow, ciri-ciri isteri idaman…
Kalau perempuan
tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap
: eh tak reti komunikasi betul
Kalau perempuan
lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata
: mesti ada krisis dalaman nih…kesian
Kalau perempuan
tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap
: dah la tak lawa, perangai pulak macam sial…
Kalau perempuan
lawa menolong lelaki yang diganggu
Lelaki akan cakap
: heroin sejati…!
Kalau perempuan
tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata
: taktik nak ngorat le tu…

Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata
: ok gak la….
Kalau perempuan
tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata
: kesian.. mesti kena bomoh lelaki tuh!

Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata
: buta kayu betul mamat tu….
Kalau perempuan
tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata
:… patut pun kena reject…

Kalau perempuan lawa penyayang bin atan g
Lelaki akan cakap
: perasaannya halus… penuh kasih sayang
Kalau perempuan
tak lawa penyayang bin atan g
Lelaki akan cakap
: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap
: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau perempuan
tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata
: sedar pun diri…

Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap
: caring sungguh….
Kalau perempuan
tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap
: nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap
: dont worry.. I will make u happy forever
Kalau perempuan
tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata
: sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada…

Kalau perempuan lawa hantar-hantar email
Lelaki akan kata
: sukenya….
Kalau perempuan
tak lawa hantar-hantar email
Lelaki akan cakap
: balik-balik email dia… boring

Thursday, June 18, 2009

CeRiTa SeMaLam

Animated love T.a Pictures, Images and Photos

LOVE STORY

Aku nak citer sikit pasal semalam..kadang2 kita bila dah pijak 'hari ini' dengan mudah kita akan lupakan 'semalam'..tapi tidak bagi aku sbb banyak kenangan yang tercatat dalam memori aku SEMALAM.
Semalam aku keja macam biasa lah..tetiba lak Noorul (N) call aku..N nie bakal future wife aku la..N sedih tak dapat tawaran KPLI yang dia pi temuduga aitu,nangis2 kat dalam phone mase dia call aku.So aku pon decide nak amik dia balik keja nanti sbb dia cakap kat aku pun dia nak balik awal..selalunya dia balik dalam pukul 8.30pm sebab buat OT.
So, pas aku cabut ajer dari ofis..balik umah terus grab helmet lagi sebijik al-maklum ler pick up naik motor (hehehe..romantik..) terus gerak gi tempat keja dia dekat dengan masjid jamek,kl.
Sesampai aje dia dah ceria sikit..
Aku : awak nak pi mana?nak balik terus?
N : erm..ikut awak lah..ingat nak beli barang kan sikit..biskut kat ofis dah abis..
Aku : ok..jom pi MIDVALLEY la camtuh..nak sayang?
N : Ok ajer..hehe..
(gelak ngengada N kat aku..mmg aku ngan N ber 'saya-awak' ajer panggilan kami..formal sikit..tadak nampak ngengada sangat...)
Aku pun menghala terus ke MIDVALLEY..sampai jek kat sana terus masuk parking motor kat bawah..bayar singgit..huh!

MIDVALLEY
Sampai saner kitorang jenjalan kat tempat utama yang slalu orang pergi kat saner..kat maner lagi..pi TOILET la..aku nak terkincing..hahahaha....
Pastu ingat nak pi makan dulu tapi aku cancel sebab better beli barang2 dulu..Masuk kat JUSCO tapi tengok barang tak banyak choice and mahal sket la..Pi pulak kat carrefour.
Carrefour Pictures, Images and Photos

So aku pun shopping lah sesikit kat sane ngan N..N beli barang2 makan dia nak kekunyah kat ofis nanti and kitorang beli face lotion OLAY dan jugak lotion N..ader la lagi barang2..kira ok la jugak..tengok dia penat but still happy coz baru kitorang jumpa pas aku balik TELUK INTAN aitu mana ader aku pi jumpa dia lagi..(payah nak berenggang la..hehe..)
Then pegi makan kat OASIS..MIDVALLEY..

OASIS
Aku : awak nak makan aper..?
N : ntah..nak makan ikan bakar..?
Aku : malas la,dah makn hari tu kan..tak sedap la..yerks..
N : awak pilih la maner nak..

last-last aku pilih makan sizzling..ader YEE MEE..sea food..
HOTPLATE YEE MEE Pictures, Images and Photos

N pulak mula2 tak nak makan last2 makan jugak,beli yong tau foo..ok lah tu..
kat saner pon aku cerita la kat dia macam aper yang dia ter'skip pasal aku b4 this..sembang2 seronok pulak, sebab dah jarang ada masa bersama macam tu..kira dating la ni..aku pun bagitau jugak aku dapat panggilan temuduga dekat KRAFTANGAN M'SIA tu..sembang2 baru ingat nak balik dah lewat..pac'kup,balik..turn bawah pi parking MoTor (nak balik ler tu..)

PARKING MOTOR
Elok aku dah bukak kunci nak start pakai helmet..jalan aje belum pun kuar dari MV lagi tayar pulak pancit..TIUB BOCOR la tu..adus..dah la jam dah pukul 10:30pm...
Macam maner ni...?
Aku : aduss..pancit la, macam maner nie..?
N : try la tanyer saper2..cari kedai ke..?
Aku : maner ader kedai malam2..ader ke bukak lagi?

N pun gi tanyer pakcik GUARD tu..tapi aku males nak tanyer ngan guard tuh..ntah2 lahabau tu yang pancitkan tayar aku..pastuh panggil kawan dia datang repair nanti..nak-nak pulak aleh-aleh N kabo kat aku GUARD tu ader kawan leh repair..sah!
Tapi aku males nak tetuduh so aku beware aje lain kali la..FITNAH tu kan dosa..But buat korang semua, berhati-hati jugak kat saner sbb aku dengar mmg terjadi jugak macam firasat aku tu..dah banyak kali pon...
Otak aku pon tengah pening pikir baru aku teringat aku ader simpan kad nama 'LONGKAI BOB' tukar tiub yang aku selalu call kalo ader masalah..
BOB lak aku msg kat dia bgtau terus aje dia call aku untuk confirmation.
tunggu BOB sampai makan masa jugak..sempat la lagi aku sesembang borak ngan yang tersayang aku tuh.
Siap ajer aku terus Bayar kat BOB wit tu..aku pon tak kesah ngan charge BOB tu sebab dah biasa jugak ngan dia tapi aku topup wit minyak la jugak kat payment dia..kengkawan!
Sian kat awak N..penat..panas..takper tunggu nanti saya beli kete k..

Aku pon terus gerak balik antar N balik umah ciyang (mak cik) dia..
Aku : Ok sayang,saya letih dah ni..
N : Tq tau..
Aku : takper..sory pasal tadi..sian awak letih..
N : takper,love u!!!

Aku pon terus chow gerak balik,tayar pon tak berapa nak sihat so aku takdelah bawak lelaju sangat..ingat pesan kerajaan m'sia..hahaha...
Sampai umah aku tersangat letih..memandi pas sms sikit ngan N aku terus
zzzzzzZZZZZZzzzZZZZzzzzzZZZ..............................
Hope N happy hari semalam and dapat lupakan kesedihan semalam.....
Love, Corazones, Coracoes, Zemrat, Srce, Hjerter, Mga puso, Hati, Sirdis, Qlub, Cors, Hertta, Cœurs, Corazons, Il mio cuore, Hjerte, Serce, Srdce, Animated Graphics, Animated Hearts, Animated Butterflies, Keefers Pictures, Images and Photos

Wau...Wee...Raa...

Lagi Kisah Cikgu & Murid

Animated Teacher Board Pictures, Images and Photos

Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Murid 1 : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Murid 2 : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Murid 3 : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.
Murid 4 : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Murid 3 : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Murid 4) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Murid 3?

Murid 4 : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!

anak2 murid skang memang dah pandai menjawap ajer...hurm...

wau...wee...raaa...

Wednesday, June 17, 2009

CeRiTa Sang KaTak...

Cerita tentang katak kecil

frog! Pictures, Images and Photos

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil,

… yang berlumba-lumbaTujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta...
Perlumbaan pun dimulakan...

Secara jujur:

Tak satupun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata:

"Oh, jalannya terlalu susahhhhh!!

Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau:

"Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak-Katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu...

... Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi...dan semakin tinggi..

Penonton terus bersorak

"Terlalu susah!!! Tak seekor pun yang akan berjaya!!!"

Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah...

..Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi...

Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali seekor katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang BERJAYA sampai KE PUNCAK!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya?

?

?

?

Seekor peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

?

Ternyata...

Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!!!!

Nasihat dari cerita ini adalah:

Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis...

…kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu

Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada.

Kerana segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu:

Selalulah tetap....

POSITIVE!

Dan yang terpenting:

Bersikap PEKAK jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

Selalulah berfikir:

I can do this!

Kirim pesanan ini kepada minimum 5 sahabat.

Berikan mereka motivasi!!!

Kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang sering memberi motivasi antara satu sama lain.

Tuesday, June 16, 2009

CikGu oh CikGu...

Khas dituju Buat Kekanda /sister / kakak aku yang tersayang
** ROZALINA BIN MOHD ZAKUAN
Insan Tersayang
**
NOORUL HIDAYAH NOORDIN
(
semoga lulus temuduga KPLI )


Enjoy..!!

Murid : Selamat pagi, cikgu.
cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan...

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)


** hahaha...so Cikgu Rozalina, jangan lah pening2 kepala melayan anak2 murid tu tau..gudluck and lurv you..!!!

wau...wee...raa...




Duit / Money / RM / $$$

HUarrgh....
Ngantok lak hari nie masuk opis setelah bercuti panjang..(panjang la sangat kot..)
aku off dari sabtu sampai semalam (isnin..claim emergency leave..)
Walau pon bunyik nampak sedap..CUTI..tapi aku tetap bz dengan kekeja..sabtu aje aku dapat rileks sikit..tu pun malam aku dah bz jugak pegi sampai Puncak Alam..(bukan puncak dunia..puncak alam tu kat2 ngan shah alam la...) untuk amik peti ais second hand yang skang telah pon jadik milik aku yang sah..
hahahaha.....tambah lagi harta duniawi aku...lalalalala....

Paper pun..bukan tuh yang aku nak citer..aku nak bagi tau yang Ahad pulak aku sangat sibuk dengan RZW..dengan event terakhir yang berlangsung di KLANG...maknanya aku kena pi saner la kat klang..tambahan pulak hari last..nak settle gaji diowang lah...
alamak...!!!k0pak duit aku...hehehe..banyak ooo....RM10'000.00 jugak ler ada amount nyer..
Seharian jugak ler aku kat saner ngurus bab duit nie..sampaikan assistant aku si Nuar tu pon sampai gigil tangan kira and pegang duit banyak tuh..aku biasa ajer..haks..sory Anwar!!

duit Pictures, Images and Photos

Nie ler rupe bentuk yang menjadi idaman sumer orang..tapi sayang habis sumer aku bayo kat staff aku..iskh...iskh...

Sambung balik citer..habis je petang tuh bayor gaji kat staff aku then aku pon cabut terus..Anwar blanja KFC ngan duit gaji dia (..yang aku bayor jugak le tuh..) hehehe...
Ok lah tu..dah lama aku tak makan KFC..
kfc logo Pictures, Images and Photos
Malam tuh aku terus gerak dengan Bas Transnasional kat Jalan Duta balik kampung TELUK INTAN untuk urusan MEDICAL CHECK UP and SURAT TAWARAN KERJA.
So pepagi Isnin lagi aku dah sibuk ngan urusan tuh sumer kat hospital..pastuh aku diberitahu urusan tu cuma boleh disiapkan dalam masa satu minggu..wahh..lamernya..maknanya aku nak kena ulang-alik balik kg lah macam nie..?letih lah badan aku...
Tapi akhirnya setelah berulang sebanyak 2kali ke Hospital tuh and berkat kesabaran dan juga keistimewaan 'orang dalam' (..hahaha....jangan marah tau...) satu hari tuh ajer sume beres!!!
senangnya dalam hati...hahaha..settle jugak hal2 aku nih..
bawak diowang pi makan..along,abah,k.lina....pi minum....
balik umah jap melayan anak2 buah yang sangat hyper aktif...
HAZIQ dan CARLOS.....
Yang paling best aku banyak dapat luangkan masa dengan ABAH sempena hari BAPA yang mendatang..dan dapat makan masakan MAK..TQ mak..TQ abah..banyak membantu aku dalam urusan tawaran kerja ini.
Then..disini lah aku semula..di opis nie sedang menulis blog untuk tatapan korang..
walaupun badan agak sengal2..( tidur dalam bas..sakit badan...) aku tetap rilek and wat keja2 aku macam biasa,paper pun aku mintak korang doakan kejayaan aku ye..
TQ

Wau...Wee...Raa...
Mood : Penat ('',)

Friday, June 12, 2009

my oh my...UITM

UitM

BERITA MENGEJUT YG TAK MENGGEMBIRAKAN AKU

Aku sebenarnya ada hadir untuk ujibakat..eh..ehh..temuduga UITM untuk pembantu perpustakaan s17 april lepas..memang pada harapan aku untuk menyandang ape jua jawatan
dalam sektor kerajaan untuk kesenangan masa depan aku sendiri.
Dan yang amat menggembirakan aku pada masa tu, aku terpilih untuk sesi kedua temuduga bersama pihak pendaftaran..slalunya memang dapatlah kalo dah lalui sesi kedua nih..sijil2 aku pulak PUSTAKAWAN yang sahkan..hehehe..kebetulan aku wat keje last minit masa tuh..
Mana tak nya..dapat surat panggilan pon lewat giler..dah sok luse nak interbiew baru aku dapat tau..nak pulak surat tuh di antor ke alamat kg aku kat TELUK INTAN,Perak...
(...ntah2 diowang ingat aku pakai owang dalam..kan nak masuk keja gomen nak kena pakai kabel baru senang dapat...)

Hari nie..tanggal 12 jun 2009...cewah..aku bersastera lah pulak..padahal aku budak sains maser kat sekolah dulu...cop..cops...cop...(aper ko melalut nie...!!!) (sory..sory..kater aku pada hati aku sendiri...)hiks...hiks...hiks....
Hari nie owang tua aku..(mak ngan abah ler tuh...) call bgtau kat aku yang aku dah dapat jawatan tu..tapi kena balik kg wat MEDICAL CHECK UP kat saner and ada dua pilihan untuk aku mendaftar masuk sebagai warga pekerja UITM iaitu 16/06 atau 01/07/2009....
Pening aku di buat nyer....
banyak masalah yang aku hadapai..nak stress plak la aku nih..
Masalah nyer yang pertama..eh..eh..takper..biar aku list kan ajer untuk korang tengok...
masalah aku :
  • Aku skang dah sonok heaven giler ngan keja aku skang nie..ADMIN EXECUTIVE
  • Tapi masalah kerja nie bukan gomen la..dah tu pulak aku pon tak tau sampai biler syarikat nie bertahan or aku stay...
  • tapi dari sini aku bayak belajar...untuk gain experience syarikat aku sendirik nanti..
  • keje uitm nie naik pangkat ker?
  • dahtu aku dapat tau, keje nih ada shift..gila gomen ada shift..sbb keja kat library..yang tak sedap pulak aku dengar tuh keja 6 hari or tak tentu sabtu and ahad dapat cuti..hish..keja aku skang dah cukup senang lah ni..saper nak bagi aku makan gaji buta macam keja kat sini...
  • Yang tak best pulak tuh..keja UITM ni aku dapat kat S.ALAM..bapak lak jauh raser..maner aku nak cari umah lagi nanti..aku dah la duduk gombak!!!tension!!!
  • gaji takdak banyak beza maner pon..aku keja kat sini dapat manage company aku sendiri lagi..ader side income..nie dengan UITM nanti saper tau...?huh!!!
  • Kejer gomen ngan pakcik makcik owang2 tua bangka yang menyemak mata aku lak tuh..kat opis aku nie skang aku yang BOS...hahaha..jgn marah ea..
  • banyak lagi tapi nie aja yang aku terpikirkan...last but not least...BEST KER KEJE GOMEN OR UITM NIE......???????????????
Korang...aku nak mintak tolong sangat ...tolong bagi pandangan korang..aku tersepit sangat..kalo aku tolak..nanti mak abah aku cemuh aku pulak and macam tak best aje sbb diowang dah tau aku dapat..surat sampai kat diowang dulu..(nyesal letak alamat kg..huuuu...)
caner???Bg aku pandangan korang and support la aku..pls...!~!!~!~~!!!!~~


Wau...Wee...Raa...
uhuks..uhuhs..iksh..iskh....

TEKA - TEKI

TEKA - TEKI

  1. Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut...?
  2. Bom apakah yang tak pernah meletop...?
  3. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk...?
  4. Dalam banyak2 cecair, cecair apa yang akan menjadi beku bila dipanaskan...?
  5. Kuih apa orang makan tepinya saja, tidak tengahnya...?
  6. Aku berjalan ditepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air..Bila aku toleh belakang, tiada kesan tapak kakiku..KENAPA?
  7. Apa beza jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi...?
  8. Boleh tak penggali kubur guna seluar pendek untuk menggali kubur...?
  9. Bila makan pisang buang kulit..tapi kalau makan kulit buang apa...?
  10. Binatang apa paling tak sopan...?
Hahahaha...Jawap...jangan tak jawap pulak, anda dibenarkan menggunakan talian hayat sampai muntah..pon tak apa..hehehe..apa yang penting..?KERJASAMA...!!!
Renung-Renungkan dan selamat beramah..eh..eh..silap..selamat menjawap!!!

Wau...Wee...Raa...

Father's Day BaKaL MenJelanG...tunggu...



Hari Bapa semakin hampir..kiraan hanya tinggal satu minggu untuk disambut diseluruh dunia.
Apa yang pasti Bapa tetap akan dirai dengan megah..oleh kita sebagai anak-anak...
Pernahkah korang semua sambut hari Bapa?Bila kali terakhir sambut...?apa yang anda berikan sebagai tanda terima kasih...?apa yang pasti penghargaan itu lebih penting daripada apa bentuk hadiah yang korang berikan...(lainlah bapak korang mintak macam2...hehe..)

Aku dan juga Abah...(lebih kurang afi dan abah la jugak...)
Abah tetap juga Bapa kepada aku dan adik beradik yang lain yang selama ini banyak berkorban untuk mengajar kami apa erti kehidupan yang sebenar.. apa yang Abah lakukan selama ini adalah suatu hadiah untuk perjalanan hidup kami..sebenarnya aku dan Abah banyak kali berselisih paham sebelum ini..tapi itu hanya sifat sementara kami untuk mempertahankan ego lelaki masing-masing...biasalah....'like father like sons'

Aku tetap juga menunggu dan menghitung hari itu dengan harapan aku dapat memberi sesuatu kepada Abah..harapan aku agar adik beradik yang lain pun bersama-sama aku pada ketika itu..
Doa dan Restu Abah selama ini yang telah banyak membantu aku untuk terus hidup diperantauan..suatu yang pasti..aku tetap SAYANG ABAH...!!!!

Next week-Father's Day.....
Love Y0u ABAH..MOHD ZAKUAN BIN NAIM
Wau...Wee...Raa...

Thursday, June 11, 2009

MyRZW.MARKETING.com

RZW MARKETING
RZW specialising in Manpower supply (part-timer) and small event/roadshow Coordinator.
Supply part-timer for,
  • Promoter
  • Catering/waiter
  • small event/booth/roadshow coordinator
  • food sampling
  • mascot & game marshal
  • Usherers
  • Event Crews and etc...
If needed any of mention,Call 0172254560 or email rzw_marketing@yahoo.com
  • part-timer can register with RZW and email us your detail.
Thanks,
ROZAWIRA
Event Manager RZW Marketing 017-2254560

RZW MARKETING
Sebenarnya syarikat ini diterajui bersama aku dengan cousin merangkap p.a setia aku..haha..
Kitorang dah lama sangat bergerak sbg
freelance untuk pelbagai event dan macam2 lagi laa...
Apa yang kitorang d
apat dari pengalaman disitulah kami cuba untuk mencurahkan tenaga agar sesuatu event itu dapat berjalan dengan lancar..antara event yang kami pernah handle dan ceburi ialah HOTLINK,MAXIS I'PHONE 3G,CELCOM,DIGI PREPAID,MPH BOOKSTORES,F1,MERCEDES FUNCTION,NEXUS,CAPRICORN,CATERING,PICC,BOMBA,PWTC,CHIPSMORELAND,
AJINOMOTO
dan pelbagai lagi...










Baru-baru ini RZW manpower supply telah menjayakan dan memberi tenaga pekerja secukupnya untuk event MPH BOOKSTORES di MIECC,MINES dan BBT ONE,BUKIT TINGGI.
So pada sesaper yang nak daftar sebagai part timer kami atau client yang ingin bekerjasama dengan RZW hubungi saya dengan segera atau email kami..

Enjoy Reading...
Wau...Wee...Raa...

Something to let u Know....

Hari nie aku mulakan dengan tempat aku bekerja..ITLAB (M) SDN BHD sebagai ADMIN EXECUTIVE..Office nie terletak kat Jalan Gombak, so pada sesaper yang nak serang aku or nak kutip utang ker tolong jangan gunakan laluan Jalan Gombak untuk destinasi anda..ngee..ngee..



Ini ler meja aku..bersepah and tak pernah teratur pun..hehe..almaklumler..keja bz memanjang.
kadang2 aku dah kemas cantik datang pulak BOS aku buat sepah balik so aku pon decide untuk ala kadar ajer kekemasan untuk meja aku nih..lagi pon nie meja orang lelaki..haha..kan..



Inilah keadaan office aku..bersepah dan tidak terurus jugak..maner ntah makcik cleaner nih ngilang..Buat maser nie sumer office click aku telah dimansuhkan..cewah..sebenarnye mmg buat maser nie tak ada orang kat sini..masih dalam pencarian pekerja PROGRAMMER baru dan PROJECT MANAGER serta WEB DEVELOPER..sesaper yang minat nak kerja tuh hamtarlah resume korang kat emel aku wira@itlab.com.my

Puas dah?
Serba sedikit pasal life kerja aku..aku tak banyak sangat kerja kat sini..nak handle QUOTATION, TENDER, ADMIN, CLIENT and etc....banyak jugak kerja aku rupenya..tak perasan..hahaha...anyway, thanks pada yang sentiasa bersama aku dan terus menerus memberi semangat dan sokongan moral..
Enjoy Reading..
Wau...Wee...Raa...

Wednesday, June 10, 2009

Welcome to MyBlog.TQ.my

My name's WIRA....Either you love me or you hate my attitude. I'm a direct person, I state what I have in mind without hesitation. I may appear to be brutally honest, but I expect likewise.

I love simple things in life, and I'm extremely thankful for what's upon and what I'm given. I can be your best friend or your worst adversary. To my friends and family I'm someone they can count on. I dont treat everyone equally, nor do I give everybody the same level of respect.

They would have to earn them I'm a random, sarcastic and cocky person, but I can be serious when I need to be. I'm a demanding, easily distracted, lenient, stubborn, unruly and etc. (words can never say enough about an individual, so never judge hastily). Others may find me a bit complicated, but yet I'm very simple guy and lets be friend....so from now on..enjoy reading!!!

Plesent surprised dari Maybank...

Hahaha....
Ntah aper jadah lak pepagi nih aku leh terlajak pulak...
bangun dah dekat pukul 9.30am ...nak mandi lagi, siap sempat lagi aku potong kuku..
lawok gak aku nih..nasib baik la bos aku tu pi outstation..selamat la idup nie..
tapi kena beware jugak, pepagi aku dah sms kat eric kater aku pi bank dulu draw duit..mmg
aku pi bank pun dulu..amik pin and active untuk perkhidmatan Maybank2U..

Nak kater lambat sangat taklah, pas aku beli nasik lemak kat tempat biasa..aku terus masuk opis
pukul seploh (10am)..ok ah tuh, lambat sejam ajer..saper tau kalo aku nak thumbprint, nanti aku kater ah terlupa..hahaha...akai jahat!!
masuk opis jer tepon ngan bunyik...sebok je mamat EPF dah bising2 tanyer bila nak wat caruman?
tanyer aku wat apa...tanya la kat Eric tuh!!!
Yang best nye..pas sesiap pasang aircond..sementara tunggu sejuk aku pon wat lah secawan NESCAFE 3 in 1 yang aku beli kat GIANT hari tu dan aku jugak claim kat opis..hahaha..gelak lagik...
on PC bukak email, bukak segala macam mak datuk yang tak patut aku buat kat opis nih..macam bapak aku lak bayar tenet..
ONline M2U...wahhhh.....
Tengok2 ada 1k lebih jugak ah.....
mana datang lagik 400 something macam tulah...aku puas pikir..
aku ingat cek Eric hari tuh dah termasuk lagik sekali..kalo macam tuh abeslah dia kena cas dua kali bayar payment aku tuh...takper, dediam suda..hehehe..
terus transfer dekat Noorul..RM1000.00
Bayar TNB RM30.00
Top Up RM10.00
Wah...wahhh bukan main senang lagi hidup aku macam ni..tak payah lagi nak susah2..
tapi paperhal pon aku masih lagi simpan wit balance tuh..kalo ader sesaper mintak balik..Eric ker...pihak Maybank ker...saper2 yang dapat bagi aku proof yang tepat aku akan pulangkan...
wat sementara tuh jadilah FLOAT MONEY dalam poket aku...

OK....wau...wee...raa...